Rabu, 25 Disember 2013

25 Disember 2011 - 25 Disember 2013

      Alhamdulillah.. 
Genap sudah 2 tahun hubungan kami.  
Hubungan yang tak di sangka akhirnya berpanjangan. 
Walaupun selalu gaduh2 manja, saling terasa, namun itu semua 
tidak mengugat rasa kasih dan sayang kami. 
Walaupun hidup berjauhan, tidak bermakna kami tidak boleh mengatasi sebarang rintangan yang hadir dalam hubungan kami.  
Semoga hubungan yang kami bina ini akan berkekalan hingga ke jannah...






1st time ambil gambar bersama di kedai











Sekitar  majlis pertunangan kami
23/3/13










                                                                                       
Opss... 
Da jd tunangan orang rupenye kami nh... =)









#lovehim/her #fiance #futurehusbandandwife

Isnin, 16 Disember 2013

Tarikh penting

             Tinggal berape ari je da nak masuk tahun 2014, tahun yang penuh bermakna untuk kami... So, azam taun baru.... Abang nak lupakan azam azam yang lepas and azam taun baru nak membusykan diri jadi suami ayang... Azam ayang cam ne? 

Orang lelaki cepat lupa pasal tarikh tarikh penting ni...

-25 Disember anniversary kita couple, 
-23 Mac anniversary kita tunang, 
-29 May hari lahir ayang, 
-9 Oktober hari lahir abang... ( smpai tarikh lahir sendiri pun kadang kadang leh lupe...)
-roadtax kereta,
-roadtax motor,
-tarikh expired lesen kita,

ade lagi tak tarikh yang abang tertinggal... huuuuaarrrghhhh... banyaknye nak kene ingat..!!

2014 kene tambah satu lg tarikh sebagai suami isteri.. banyak nombor abang nak kene ingat... nak kene ingat hari lahir mama, abah and mak, ayah... nak kene ingat anniversary dieorg gak... hadoi... 


Isnin, 25 November 2013

Jom Bergurau Senda...




Tanda-tanda saya sayangkan Sayang : 

1) Selalu tanye sayang dekat mana. 
2) Always take care pasal sayang.
 3) Risau akan kesihatan sayang. 
4) Beri sayang semangat. 
5) Tak pernah lupa untuk sms 
sayang even sayang tak reply. 
6) Tak pernah cakap bz/penat bila layan 
sayang even sebenarnye bz/penat. 
7) Buang ego untuk 
sayang. 

8) Sentiasa mengelakkan perkara yg boleh mendatangkan pergaduhan.
9) Tunggu sayang yang sedang sibuk. 
10) Sabar even selalu dikecewakan. 
11) Always percayakan 
sayang. 
12) Berusaha buat sayang happy.




Rabu, 20 November 2013

Konvokesyen

Hari bersejarah setelah bertaun belajar mengadap buku buku inilah hasilnya...
Konvokesyen UiTM yg ke 79 di Lendu, Ayer Ker0h, Melaka....
Gerak dari umah sebelum subuh.. kul 4.30 pagi melalui jalan Tangkak ke Tol PLUS menuju ke Ayer Ker0h Melaka... Ujan lebat yang teramat sangat.. 
Alhamdulillah selamat sampai di UiTM Lendu, Ayer Ker0h Melaka...







Da sampai umah tengok balik gambar ni leh perasan ayah tak senyum... tapi ayah ngan mak mane tak bangga bila anak anak sume da berjaya...




Sentiasa di sisi....

2 jam sebelum tu... 
cik tunang ngan ayah kat luar sbb yang masuk dalam dewan cuma mak ngan adik je...


bersama mak ngan adik..


senyuman penuh debaran..


Alhamdulillah...
Selepas bertahun belajar, berejam duk dalam dewan akhirnya...
segenggam Ijazah Sarjana Muda didalam tangan...
 Terima kasih Mak, Ayah dan semua...


Isnin, 11 November 2013

Sabtu dan Ahad VS Jumaat dan Sabtu

Alahai.. 
Kalau betul la Gov Johor ubah weekend Johor, banyakla nak kne ubah... 
contohnya tarikh nikah... sebelum ni da ubah 2 kali....... hurm.. 
nak blik weekend pun da susah la pas nih.. 
mmg byk kebaikan kerajaaan negeri tukar cuti hujung mggu...  
tp, kalau husband n wife 1 negeri, xpe la.. 
nh bakal suami di johor.... bakal isteri di putrajaya..
 macam mana la hujung minggu kami nanti.  
Xtahu la sama ada sempat atau tidak balik kampung.... 
hurmmmmmmmm...



Ahad, 3 November 2013

Maal Hijrah 1435 H

Alhamdulilah... 
Pejam celik je da nak masuk tahun baru. 
Tanpa kita sedari, sekejap je masa berlalu meninggalkan kita. 
Hari ni boleh la baca doa akhir dan awal tahun...

DOA 1 (Akhir Tahun)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِيْ هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَم نَتُبْ مِنْهُ وَلمَ تَرضَهُ وَلمَ تَنْسَهُ وَحَلُمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَيْتِنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِنَا عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْ لَنَا ، وَمَا عَمِلْنَا فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابُ فَنَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ أَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنَّا وَلاَ تَقْطَعُ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيْمٌ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi amat penyayang, segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu sekalian Rasul dan atas keluarganya dan sahabatnya sekalian. Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah bagi kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan yang mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.

..................................................................................................................................................................

DOA 2 (Awal Tahun)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىأَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .اللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ اْلأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ اْلعَظِيْمِ وُجُوْدِكَ الْمُعَوِّلِ. وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ عَلَيْنَا . نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الْشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ وَأَوْلِيَاءِهِ وَجُنُوْدِهِ وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ اْلأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَالإِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَى .اللَّهُمَّ يَا مُحَوِّلَ اْلأَحْوَالِ حَوِّلْ حَالَنَا إِلَى أَحْسَنِ الأَحْوَالِ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا عَزِيْزُ يَا مُتَعَالُ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi penyayang, segala puji-pujian bagi Allah pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia nabi dan Rasul iaitu penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. dan di atas keluarganya dan para sahabatnya sekalian. Ya Allah! Engkaulah yang kekali qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.





Rabu, 30 Oktober 2013

Sedangkan lidah lagi tergigit...


Kita sering bertengkar.. itu yang membuatkan kita lebih menyayangi.. 
search kat google ade ckit la tips yang boleh di guna pakai..

1.  Jangan terlalu serius dalam perhubungan
Sikap yang terlalu serius, tidak fleksibel dan terlalu mengawal boleh menimbulkan ketegangan. Relaks dan cuba nikmati setiap detik dengan lebih bermakna.


2.  Elakkan terlalu mengawal perasaan pasangan anda
Ini boleh menimbulkan kebosanan dan konflik. Kepercayaan antara satu sama lain menjadi asas dalam perhubungan.


3.  Jangan meletakkan kebahagian anda di tangan pasangan anda semata-mata
Menurut Abraham Lincoln, kebahagian terletak kepada cara seseorang itu berfikir. Kesilapan yang berlaku boleh menambahkan kelemahan individu. Tetapi, jika individu berfikiran positif, kehidupan akan lebih gembira dan bahagia.


4. Jangan mengharapkan pasangan memenuhi segala impian dan kehendak
Pasangan anda tidak bertanggungjawab dalam menjamin kebahagian anda. Tetapi bagi pasangan yang bahagia, mereka bersedia untuk berkongsi segalanya dan tidak memaksa untuk mencapai impian.


5.  Jangan pendam perasaan
Sesetengah pasangan cuba mengelak untuk membincangkan konflik yang dihadapi. Kegagalan ini akan merumitkan lagi keadaan dan mungkin ada pihak yang tidak berpuas hati selagi tidak diubati.


6. Beristighfar dan berselawat
Sentiasa amalkan, selalu berdoa. Sapu muka dengan telapak tangan. Tutup mata seketika dan tarik nafas dengan perlahan lahan.

Ahad, 27 Oktober 2013

Banyaknye nak kene buat...



OMG!!! 
lagi berape bulan je ea...
hurm... Ayang kat Putrajaya, Abang kat Johor.. Sape kata tak leh buat..
Ok... Majlis nikah, resepsi(sanding) dan bertandang banyak nak kena buat persiapan... 
ade pape lagi tak yang tertinggal...

Checklist

1. Save the date:
Nikah :  31 Mei 2014 Pagi (kene kompem dulu ngan kadi..)
Resepsi :  31 Mei 2014 Petang 
Bertandang : 7 Jun 2014
2. Theme & concept:
Nikah : Putih
Resepsi : Royal Blue
Outdoor : Heaven Dream White Creame
Bertandang : Brown Freshie Creame
3. Venue
Nikah : Rumah pengantin perempuan, Parit Lubok Laut, Semerah, Batu Pahat.
Resepsi : Rumah pengantin perempuan, Parit Lubok Laut, Semerah, Batu Pahat.
Bertandang: Dewan Serbaguna MPJBT, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
4. Legal documents:
Kursus kahwin: Setel dua dua
Hiv Test: Da selesai
Borang Kebenaran Nikah: Da selesai
5. Catering/Canopy :
Catering
Nikah & Resepsi : Masak sendiri
Bertandang: Pak Akob Katering
Canopy
Nikah : Dalam Rumah
Resepsi : selesai
Bertandang: Dewan MPJBT
6. Pelamin
Nikah : Rezqy Amani - https://www.facebook.com/rezqy.amani?fref=ts
-Decoration:
-Design: 
-Bantal nikah: 
Need to buy /add:
Resepsi : Rezqy Amani
-Decoration: 
-Design: 
-Need to buy /add:
Bertandang:
- Leenz Bridal - https://www.facebook.com/LeenzBridalDecoHouse
7. Photographer
Nikah : Photo Element - https://www.facebook.com/PhotoelementPhotography
Resepsi : Photo Element
Bertandang: Photo Element
8. Videographer – KIV
Nikah: Highlight Nikah (Pacak Kamera Sendiri)
Resepsi: Tak perlu
Bertandang: Tak perlu
9. Wedding outfits (Perempuan)
Nikah:
-Colour: Off White + Turqoise
-Dress: belum jahit lagi..
 -Tudung:  
-Veil: 
-Shoe:   
-Accessories:  
Resepsi:
-Colour: Royal Blue
-Dress: Rezqy Amani
-Tudung: 
-Veil: 
-Shoe: 
 -Accessories: 
Bertandang:
-Colour: brown creame
-Dress: Leenz Bridal
-Tudung: 
-Veil: 
-Shoe: 
-Accessories: 
10. Wedding outfits (Lelaki)
Nikah:
-Colour: Off White + samping turqoise
-Baju Melayu: baju melayu putih cekak musang
-Sampin: sampin Turqoise
-Shoe: Kasut hitam
-Accessories:   
Resepsi:
-Colour: Royal blue
-Baju Melayu: 
-Shoe: Kasut hitam
-Accessories:  
Bertandang:
-Colour: 
brown creame
-Baju Melayu: 
-Shoe: Kasut hitam  
11. Makeup
Nikah : Rezqy Amani 
Resepsi :Rezqy Amani 
Bertandang: Leenz Bridal
12. Doorgift
Nikah: Hampir
Resepsi: 
-Groom doorgift:Dah
-Guest doorgift: Belum

Bertandang:
-Bride doorgift: Dah
-Guest doorgift:Dah
13. Bunga Pahar/Bunga Manggar/Centerpiece
Nikah: Hampir siap
Resepsi: Hampir siap
Bertandang: Leenz Bridal
14. Hantaran – KIV
Bilangan dulang: 9 berbalas 11
For her: 
       1. Sejadah & telekung –
       2. Al- Quran
       3. Perfume
       4. Gelang – Dah beli 
       5. Mas kahwin – Mas Kahwin Rm22.50 ( syiling 50sen )
       6. Tepak sirih
       7. Kasut+Handbeg
       8. Kek
       9. Coklat
 For him:
       1. Kasut
       2. Wallet + Belt
       3. Kek
       4. Tafsir
       5. Sirih Junjung
       6. Minyak Wangi
       7. Cincin Suasa
       8. Buah
       9. Coklat
       10. k.i.v
       11.Baju Melayu
15. Barang Kemas kahwin
For him: Sudah (cincin)
For her: Sudah (gelang)
16. Invitation Card
Nikah & Resepsi  
- 2000 pcs (dua belah pihak)
- Balance:
- Design: Sendiri
- Printing: Anis Printing Larkin
- Setem:

Bertandang: Belum
17. Cake
Nikah:Zai's Bakery
Resepsi: Zai's Bakery
Bertandang: Belum
18. Jurunikah/Pembaca doa
Nikah: Belum
Resepsi: Belum
Bertandang: Imam Masjid Laksamana ( Imam Haji Tahir )
19. Guest List
Nikah: Saudara mara terdekat
Resepsi: 1000
Bertandang: 1000
20. MC/Kompang/Entertainment
Nikah/Resepsi
MC:DJ Firhan @ https://www.facebook.com/deejayfirhan
PA system: http://hanpasistem.blogspot.com/

Bertandang
MC:
PA System:  MPJBT
21. Pengapit/Bridemaids/Bestman
Nikah & Resepsi: Bridemaids & Bestman
Bridemaids: Shila ( sepupu )
Bestman: Nassrudin (sepupu laki)
Bertandang: Bridemaids & Bestman
Bridemaids:Shila ( sepupu )
Bestman: Asni (office mate)
22. Dresses for family ( ___ corsages ) – KIV
Nikah : 
His family: Blue Soft
Her family: White Blue
Resepsi:
His family: Blue Soft
Her family: White Blue
Bertandang: 
His family: Krim
Her family:
23. Bilik pengantin
Katil: Belum
Decoration: Belum
24. Signage
Resepsi: Banner
Design: Buat Sendiri
Printing: 
Welcome sign: 
Bertandang: Banner
Design: Buat Sendiri
Printing: 
Welcome sign: 
25. Facial/Massage/Inai
KIV -
26. Honeymoon – KIV
Date: 22 - 23 Jun 2014
Location: Mesterious Island
27.  Lain - lain - KIV 
Aturcara

* Merah - Lom Kompem
* Kelabu - Dah kompem tapi kene follow up balik
* Updated: 9 . 4 . 2014