Isnin, 28 September 2015

Kehilangan Buat Selama-lamanya



             Kehilangan insan yang tersayang amatlah menyakitkan hati kami.  Sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui apa yang ada di dalam hati kami. Abah insan yang luar biasa.  Tanpa restu beliau, tidak mungkin kami dapat bersatu. Tanggal 20/09/2015 kami kehilangan abah kami. Kami rindu suasana sewaktu dengannya.  Rindu suaranya, gurau sendanya.. 
         Ya Allah, moga Abah ditempatkan bersama insan2 yang terpilih disisiNya.. Kami redha atas apa yang jadi. Kami terima semuanya. Alhamdulillah rumah baru abah sudah semakin kukuh. Hanya perlu tunggu 100 hari untuk menanam pokok dan memasang tiang yang lebih kukuh.  
         Buat mama, kami tahu amat perit untuk terima segalanya yang telah ditakdirkan.  Insyaallah selagi kami mampu, kami akan membantu apa yang perlu.  
         Antara bait-bait lagu terakhir yang dinyanyikan oleh arwah abah tidak mungkin dapat kami lupakan...




Kali Terakhir Ku Lihat Wajah Mu

Dalam dakapan senja
Kurenungi sinar matamu
Berat rasa melepaskan
Dikau pergi
Dingin hembusan bayu
Lemah longlai langkah kakimu
Lambaianmu kian jauh
Dari mata
( korus )
Malangnya...
Bencana menimpa
Kau telah pergi untuk selamanya
Tak kembali
Pada saat terakhir
Kumelihat paras wajahmu
Kau bisikkan hanya sayang
Kepadaku...



Alfatihah Buat Arwah Abah, Allahyarham Norahman Bin Hj. Elias



Khamis, 24 Julai 2014

Lafaz Taklik

Bismillahirahmanirahim..
Mungkin ade yang tak tau.. ape itu lafaz taklik.. kene sebut betul betul.. bukan lafaz talak tapi lafaz "TAKLIK".

Johor merupakan satu-satunya negeri yang menggunakan Modul Keluarga Sakinah semasa akad nikah. Memang memakan masa tetapi amat inilah saat yang amat bermakna bagi bakal pengantin. Banyak sangat proses bermula tok kadi bertazkirah, bacaan taklik oleh suami, bacaan dari isteri, pesanan dari ibu dan ayah pengantin perempuan sampai lah 'bangun, berdiri dan berselawat' semua dilakukan dengan cermat. Tapi walaupun makan masa, keberkatan nya memang terasa.Sayu dan syahdu je bila bermula lafaz ikrar tersebut. Ni kena praktik awal-awal ni supaya tidaklah tergagap dan kita pun dapat kawal emosi..Hukumnya Sunat tau sebab Rasulullah pun pernah buat cuma kandungan text nya samaada sama atau tidak..Rugi tidak buat..


1. LAFAZ PENYERAHAN MAS KAHWIN (DIBACA OLEH PENGANTIN LELAKI SELEPAS SELESAI AKAD NIKAH)

Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin kepada pengantin perempuan dengan membaca:

“Adalah saya (nama pengantin lelaki) suami kepada (nama pengantin perempuan) yang telah menerima tanggungjawab, dengan ini menyerahkan kepada isteriku mas kahwin (nilai mas kahwin) tunai. Oleh itu isteriku hendaklah dikau menunjukkan taat setia kepada diriku sebagai suami dan mengikut segala perintah dan nasihatku selagimana ianya tidak bercanggah dengan hukum Islam..”


Kemudian dikehendaki suami memegang ubun-ubun isteri dengan tangan kanan lalu membaca ‘Basmalah’ dan doa berikut:

“Ya Allah, aku bermohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau ciptakan padanya dan aku berlindung padaMu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau ciptakan padanya.”


2. LAFAZ PENERIMAAN MAS KAHWIN (DIBACA OLEH PENGANTIN PEREMPUAN)

Setelah selesai penyerahan tersebut isteri hendaklah mencium tangan suami dengan berdoa di dalam hati:

“Ya Allah, jadikanlah suamiku ini suami yang soleh dan pembimbing yang baik di dunia dan akhirat..”

Kemudian barulah isteri membaca lafaz penerimaan mas kahwin:

“Adalah saya (nama pengantin perempuan), isteri kepada (nama pengantin lelaki) dengan penuh kesyukuran menerima mas kahwin ini sebagai tanda ikatan murni dan suci. Saya akan menumpukan sepenuh perhatian dan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada suamiku dan mengharapkan agar suamiku sentiasa memberi bimbingan dan nasihat serta tunjuk ajar demi kepentingan dan kebahagiaan bersama. Semoga perkahwinan ini mendapat restu dan redha dari Allah s.w.t..”


3. PENYERAHAN TANGGUNGJAWAB WALI KEPADA PENGANTIN LELAKI (DIBACA OLEH WALI KEPADA PENGANTIN PEREMPUAN)

Dilakukan oleh wali perempuan atau wakilnya dan disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Lafaz penyerahan tanggungjawab adalah seperti berikut :

“Adalah saya (nama wali pengantin perempuan), wali kepada nama pengantin perempuan dari saat ini menyerahkan tanggungjawab nafkah, perlindungan, keselamatan, kasih sayang dan tanggungjawab agama Islam kepada kamu (nama pengantin lelaki) sebagai suami yang sah. Semoga diberkati oleh Allah s.w.t ke atas kamu dan orang yang di bawah tanggungan kamu serta zuriat keturunan kamu. Amin..”


4. PESANAN IBU KEPADA ANAK PEREMPUAN (DIBACA OLEH IBU KEPADA PENGANTIN PEREMPUAN)


“Anakku (nama pengantin perempuan), hari ini kamu akan berpindah dari naungan dan perlindungan ayah ibu ke suatu alam yang baru di bawah naungan suamimu. Ayah ibu telah mendidik dan mengasuhmu sebaik mungkin untuk menjadikan dirimu seorang anak yang solehah. Hari ini ayah ibu mengharapkan kepadamu untuk melaksanakan segala tunjuk ajar dan nasihat ayah ibu selama ini. Jadikanlah dirimu seorang isteri yang solehah nescaya suamimu akan menjadi teman yang mesra kepadamu. Berikanlah khidmat dan ketaatanmu kepadanya dengan jujur dan ikhlas. Hendaklah kamu menjaga perkataanmu dan budi pekertimu serta tingkahlaku terhadapnya. Jagalah maruah dirimu dan jagalah maruah keluargamu. Taatilah Allah sepanjang hidupmu, semoga Allah memberikan ketabahan, keafiatan, ketenangan dan kebahagiaan kepada kamu. Ayah ibu memohon kemaafan di atas segala kesilapan dan kesalahan semasa mendidikmu..”


5. TERIMA KASIH DARI ANAK (DIBACA OLEH PENGANTIN PEREMPUAN)


“Wahai ibu ayah, budi dan jasamu selama ini tidak dapat saya balas. Hari ini saya akan berpindah dari naungan dan perlindungan ibu ayah ke suatu alam baru yang belum saya tahu. Saya memohon doa restu ibu ayah agar saya dapat menghadapi segala cabaran rumahtangga dengan sabar dan redha. Saya mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala bimbingan, nasihat serta kasih sayang yang tidak ternilai. Saya memohon ampun maaf di atas segala kesilapan dan kesalahan saya selama berada bersama ibu ayah. Terima kasih ibu ayah..”

Kemudian salam dan cium tangan ibu ayah.


6. LAFAZ PENERIMAAN TANGGUNGJAWAB (DIBACA OLEH PENGANTIN LELAKI)


“Dengan ini saya (nama pengantin lelaki), suami yang sah kepada (nama pengantin perempuan) bersyukur kepada Allah di atas anugerah nikmat Iman, Islam, kesihatan dan isteri serta berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan majlis akad nikah ini. Oleh itu, mulai saat ini saya menerima tanggungjawab sebagai suami kepada isteri saya (nama pengantin perempuan)dan akan berusaha dengan sebaik-baiknya untuk menjalankan tugas sebagai suami seperti berikut :

1. Memberi nafkah zahir dan batin.

2. Penjagaan dan perlindungan yang sempurna.
3. Keselamatan yang terjamin.
4. Memberi bimbingan dan panduan ke jalan yang diredhai Allah.

Saya mengharapkan doa restu dari semua pihak terutama ibu bapa tersayang dan ibu bapa mertua saya. Semoga perkahwinan ini mendapat restu dan redha Allah..”

Rabu, 16 Julai 2014

BERJALAN JALAN DI HUJUNG BENUA ASIA

بسم الله الرحمن الرحيم

Korang penah berjalan sampai hujung 
Benua Asia tak? 
Hehehe... Kami da sampai..

Dalam perjalanan nak balik Johor daripada Batu Pahat saje je la ikut jalan Pontian.. Kami singgah kat Pekan Rengit Batu Pahat cuci mata nak tengok barang barang second murah giler katenye.. Tapi kami tak beli pape pun.. kete penuh ngan barang dari kampung da macam anak ramai..

Kami meneruskan perjalanan dan singgah pulak kat Bandar Pontian untuk makan tengahari... Cik Puan lena tidur.. penat ye... cakap je nak teman kite memandu.. last last berdengkur pulak die.. Kami makan dekat gerai tepi pantai.. sedap la gak.. sorry la makan punya pasal lupa nak amik gambar.. hahaha...

Da kenyang kami plan nak berjalan ke Hujung Benua Asia di Pontian.. set kat waze sebab tak penah sampai lagi... 
siap cek google...



Kami da sampai sini... baru la betul orang Johor.. hahaha...







Pokok bakau tertua dan akar tertinggi...

hahaha... saje candid cik puan terpaksa berjalan jauh.. da la panas.. sian die...


hahaha... mohon terasa..


Gambar gambar di sekitar Taman Negara Johor Tanjung Piai...
Ada lagi beberapa gambar tapi dalam phone cik puan tak sempat nak upload..

Ape lagi? kalau pengunjung luar negara datang leh la bawak berjalan sampai sini.. 

##psssst... sebelum smpai sini kami terbabas smpai pekan kukup sume angkara waze.. hahaha.. nak ke sini kene tengok signboard tul tul ye...


Memori Indah

بسمالله الرحمن الرحيم

Da lama x berceloteh kat blog, sampai x tau nak story ape... 
Pape pun thanks bebanyak kat family, kawan kawan, sedara mara n jiran jiran yang datang dan memeriahkan majlis kami tempoh hari.. 

Ada beberapa keping gambar yang dapat dari whatsapp group family dan kawan kawan yang boleh la syer sikit bagi yang x dapat datang jenguk jenguk... gambar yang cantik lom siap lagi... InsyaAllah lepas raye dapat la..


Alhamdulillah... sekali lafaz...


Pengapit main tarik je sesape yang ade... hahaha adik ngan sepupu yang kene...

Mama ngan mak cik mak cik.... hamboi posing... 

Yang ni apsal kami xde? huhuhu... ni gambar family besar sebelah pihak lelaki..

Ni photographer ngan mak andam yang bertungkus lumus bekerja 
demi menjayakan majlis kami..

Makan beradab bersama family pihak lelaki... Abah, Mama, Atuk, Nenek...



Sempat berselfie masing masing time berarak nak ke rumah pihak pompuan..

Tak banyak gambar yang kami dapat... ni pun ehsan dari kamera npon yang canggih canggih sekarang ni..
sebab tu ade gak gambar yang pecah.. nak tengok album yang banyak gambar datang la rumah kami...

se yaaa....

Assalammualaikum..



Selasa, 10 Jun 2014

Our Love Story

بسمالله الرحمن الرحيم
           
              Semua pasangan mengharapkan yang terbaik untuk diri dan pasangan mereka. Begitu juga kami. 25/12/2012 kami buat keputusan untuk mengenali satu sama lain dengan lebih rapat lagi walaupun kami tahu yang saya ni kawan adiknya dan saya tahu dia abang kawan saya. Tapi xsangka rupanya Allah menguatkan lagi hubungan kami. 

Sewaktu Permulaan Kisah Cinta Kami

              23/3/2013 kami mengikat tali pertunangan. Walaupun hanya setahun lebih kami berkawan, kami percaya hati dan perasaan masing-masing.  Orang kata sepanjang tempoh pertunangan, pelbagai cabaran yang kami perlu lalui. Tidak dinafikan memang pelbagai cabaran yang datang sepanjang tempoh pertunangan kami. Tapi, alhamdulillah. Hubungan kami tetap kukuh walaupun pelbagai cabaran datang dan terpaksa kami tempuhi.


Sewaktu Majlis Pertunangan Kami


               Tanggal 31/5/2014 pada pukul 9.30, saya menjadi isteri kepada MOHD FAISAL BIN NORAHMAN dengan sekali lafaz.  Alhamdulillah. bersyukur sangat2 kerana akhirnya saya temui pemilik tulang rusuk yang saya jaga selama ini.  

Akhirnya Ku Milik Mu


Selasa, 8 April 2014

MENGHITUNG HARI

Assalammualaikum blogers..

Sorry... Bulan Mac(3) tak de story nak cerita..
So ready untuk cerita bulan empat ni... April is coming...

Wah.......! Tinggal berapa ari je untuk bergelar suami isteri... 

Persiapan? 

Em.. rasenye sume da siap booking... ade pape lg x yg tertinggal....?
Jom revise balik ape yg  nak kene wat... 
http://ainawithlove.blogspot.com/2013/10/banyaknye-nak-kene-buat.html

Hampir siap.... ape yang penting sume da di laksanakan..
Bridal, mak andam, photographer, baju, tukang masak, catering, khemah, dewan, kerusi meja, dj, kad jemputan, temuduga ngn pejabat agama..

ok progress da 65%

dug... dap.... dug... dap...

lagi 35% persediaan diri dan sesi nak sediakan barang barang untuk hantaran pulak... 
9 dulang berbalas 11 dulang.. Ape nak di letak bagi ea...

Dari pihak lelaki..
1. Sirih
2. Duit RM22.50 (mas kahwin untuk Negeri Johor), Cek RM*000.00 dan Gelang
3. Telekung + Sejadah
4. Al-Quran
5. Handbeg
6. Kasut
7. Sarang Burung + Innershine
8. Body Shop
9. Kek

Dari pihak perempuan...
1. Sirih
2. Cincin + jam 
3. Wallet + Belt
4. Tafsir
5. Baju Melayu
6. Kasut
7. Body Shop
8. Hadiah rahsia
9. Coklat
10. Buah
11. Kek 

OK.... hampir selesai, tinggal persiapan diri dari segi kesihatan, mental and fizikal... 

HONEYMOON.....
hehehe... lom nikah lagi da fikir nak honeymoon ea.. da siap bookin and register lagi.. 20 sampai 23 Jun 2014... sebelum puasa... Tempat? rahsia kami berdua.. nak tau kene la tunggu and selalu la baca entry kami... InsyaAllah akan di update sebulan sekali kalau berkesempatan...

Selasa, 11 Februari 2014

Tanggungjawab kami bersama yang akan datang...



Tanggungjawab suami  (Hak Isteri)
Memberi nafkah zahir dan batin
Membayar mas kahwin kepada isteri
Memberi layanan yang baik
Menjaga maruah isteri
Memberi didikan agama
Memberi bimbingan dan tunjuk ajar
Menjaga dari sebarang ancaman
Adil terhadap semua isteri

Tanggungjawab isteri terhadap suami (Hak Suami)
Taat dan hormat kepada suami
Menjaga maruah suami
Memberi layanan yang baik
Memuaskan hati suami  dan menyenangkan pada bila-bila masa
Menjaga dan membelanjakan harta suami dengan sebaiknya
Tidak keluar rumah tanpa izin
Tidak mendedahkan kelemahan suami



Tanggungjawab bersama
Mengekalkan kerukunan rumahtangga
Memelihara dan menjaga anak-anak
Memberi pendidikan yang sempurna
Memberikan layanan yang saksama kepada keluarga kedua-dua belah pihak
Menyediakan rawatan dan perubatan
Menjamin keselamatan

ISTERI BERPANDUKAN AL QURAN DAN SUNNAH
Antaranya ialah:
1.                   Sentiasa taat kepada Allah.
2.                   Patuh kepada suami dan memelihara kehormatannya.
3.                   Menyenangkan hati suami.
4.                   Pergi ke mana-mana setelah mendapat keizinan suami.
5.                   Tidak mudah menerima tetamu tanpa keizinan suami.
6.                   Pandai melayani suaminya dan anak-anaknya.
7.                   Tidak suka mengomel.
8.                   Suka hidup sederhana.
9.                   Tidak boros berbelanja.
10.                Tidak suka berhutang.
11.                Tidak suka mengumpat.
12.                Memelihara kehormatan diri dan keturunannya